Statistik menunjukkan Mahkamah Syariah telah menerima sejumlah 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, dan sebanyak 168 kes telah diluluskan oleh Mahkamah Syariah.
Sekiranya permasalahan murtad ini tidak diperhalusi dan diambil berat,sudah pasti kesucian serta keagungan ISLAM akan tergugat.
Saya rasa agenda ini lebih kepada pemujuk minda secara halus oleh orang kafir untuk memurtadkan orang islam yang lain ataupun digunakan sebagai batu loncatan oleh orang politik untuk menunjukkan kelemahan kerajaan menangani permasalahan sosial ini.
Tapi saya rasa, penjelasan daripada Mufti Perlis Dr. Juanda Jaya mengenai isu murtad yang semakin membarah di negara ini lebih sesuai dan tepat untuk dijadikan rujukan.
Menurut beliau seperti yang dipetik Utusan Malaysia, jumlah besar yang selalu diuar-uarkan tidak masuk akal meskipun beliau tidak menolak kemungkinan ada kes murtad berlaku di kalangan masyarakat Islam.
Jelas beliau lagi, isu murtad tidak sepatutnya dihebohkan kerana ia menggugat sensitiviti umat Islam selain mencemarkan imej agama seolah-olah ia lemah dan tidak mampu menjaga penganutnya sendiri.
Pada pendapat pembaca, dapatkah kita membanterasnya??. Fikir-fikirkanlah.. usaha tangga kejayaan, jika bersatu pasti capai kejayaan.