Saturday, 22 October 2011

Di mana perginya maruah seorang gadis?

Zaman dahulu, jika seorang gadis yang belum berkahwin bercakap atau keluar dengan lelaki pasti teruk dimarahi atau dibelasah. Tidak boleh keluar tanpa ada hala tuju atau balik lewat malam, pasti ada umpatannya. 

Tetapi pada era zaman sekarang jauh berbeza dari zaman dahulu. Ibarat kata pepatah ‘jauh panggang dari api’. Pelbagai jenis cerita yang telah dipaparkan didada akhbar, yang paling panas remaja 14tahun kelar bayi yang baru beliau lahirkan. Apalah dosa bayi tu sampai diperlakukan sampai macam tu sekali. yang malu siapa lagi kalau bukan perempuan itu sendiri, lelaki yang melakukannya sekali menghilangkan diri. 

Begitu juga seperti dalam akhbar metro hari ini dalam artikel Mohd Fauzi Abdullah ‘jual diri demi satu tin gam’. Sungguh murah harga maruah si gadis, hanya rm5 si lelaki boleh menikmati tubuh si gadis. Dengan syarat membelikan satu tin gam, cukup murah, cukup meriah.
Dimana pergi mahalnya harga maruah si gadis. Siapa harus di persalahkan??. Adakah dari kurangnya pemerhatian dari ibu bapa?? Atau bimbingan dari cikgu-cikgu di sekolah???..

 Terdapat juga bantuan daripada Penolong Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kuantan, Mohd Aluwi Din mengakui pihaknya ada menerima maklumat mengenai beberapa kes membabitkan ketagihan.

Ada antara mereka sudah berjaya kami pujuk dan rujuk ke Bahagian Kaunseling untuk mengikuti proses pemulihan. Dan yang selebihnya?? Masih lagi hanyut dalam keasyikan yang melalaikan.

No comments:

Post a Comment